• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool beri amaran awal kepada PSG selepas pesta gol di Anfield
19 March 2026 | 10:47 AM

Liverpool beri amaran awal kepada PSG selepas pesta gol di Anfield

LIVERPOOL - Pengendali Arne Slot percaya anak buahnya telah menghantar mesej jelas kepada Paris Saint-Germain (PSG) mengenai kemampuan sebenar mereka selepas kemenangan bergaya 4-0 ke atas Galatasaray.

Kejayaan itu memastikan Liverpool FC melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA, sekali gus mengatur pertemuan menarik menentang juara bertahan, PSG.

Sebelum ini, PSG menyingkirkan Liverpool menerusi penentuan penalti dalam kempen yang membawa kepada kejuaraan sulung mereka musim lalu. Ketika itu, Liverpool berada di puncak Liga Perdana Inggeris, namun musim kedua di bawah Slot menyaksikan cabaran lebih getir apabila The Reds kini menghuni tangga kelima.

Beraksi di Anfield, Liverpool bangkit selepas kekalahan 0-1 pada aksi pertama di Istanbul. Kebangkitan bermula apabila Dominik Szoboszlai menyamakan agregat pada minit ke-25, sebelum tiga lagi gol dihasilkan pada babak kedua.

Hugo Ekitike, Ryan Gravenberch dan Mohamed Salah masing-masing mencatat nama sebagai penjaring, walaupun Salah terlebih dahulu terlepas peluang menerusi sepakan penalti.

Slot memuji kekuatan PSG, namun yakin prestasi Liverpool akan membuatkan lawan mereka itu lebih berhati-hati menjelang pertemuan seterusnya.

“Mereka tidak menurunkan standard. Sukar untuk mereka meningkat lagi, tetapi mereka sangat mengagumkan setakat ini,” kata Slot.

“Tetapi saya rasa selepas malam ini, mereka juga tidak teruja untuk berdepan kami.”

Pengendali itu turut mengimbau pertemuan terdahulu di Paris dan Anfield, yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatasi sebelum Liverpool akhirnya tersingkir menerusi penalti.

Keputusan Slot merehatkan beberapa pemain utama ketika aksi liga menentang Tottenham Hotspur sebelum ini ternyata membuahkan hasil. Salah, yang kembali dalam kesebelasan utama, bangkit daripada kekecewaan awal untuk menjaringkan gol ke-50 dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Dia terlepas penalti sebelum rehat, itu detik sukar. Tetapi dia bangkit dengan aksi hebat pada babak kedua,” tambah Slot.

“Hantarannya kepada Hugo sangat berkualiti dan gol yang dijaringkan memang mencerminkan identitinya.”

Kemenangan ini bukan sahaja menghidupkan semula keyakinan Liverpool, malah memberi amaran awal kepada PSG bahawa mereka bakal berdepan cabaran sengit dalam perebutan ke separuh akhir.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok