• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Haziq Kebal, Kuching City Terus Unggul
18 March 2026 | 10:54 AM

Haziq Kebal, Kuching City Terus Unggul

Penjaga gol utama Kuching City FC, Haziq Nadzli, terus membuktikan peranannya sebagai tonggak penting pasukan apabila sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan ke atas Penang FC, Sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung sengit itu, Haziq menjadi penghalang utama kepada asakan lawan dengan beberapa aksi menyelamat penting, sekali gus membantu Kuching City FC mengekalkan kemenangan tipis 1-0 hingga tamat perlawanan.

Prestasi konsisten penjaga gol berusia 28 tahun itu bukan sahaja memastikan tiga mata berharga buat pasukannya, malah menyaksikan beliau mencatatkan clean sheet ke-11 musim ini. Sepanjang 19 perlawanan liga, Haziq hanya dibolosi sembilan gol—satu statistik yang meletakkannya antara penjaga gol terbaik dalam saingan musim ini.

Sejak awal musim, Haziq memainkan peranan besar dalam memperkukuh benteng pertahanan Kuching City. Antara aksi cemerlangnya termasuk kemenangan 4-0 ke atas Kelantan TRW serta kemenangan 1-0 menentang Selangor FC di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Beliau turut mencatatkan beberapa lagi clean sheet dalam kemenangan besar ke atas PDRM FC, Melaka FC dan Imigresen FC, selain membantu pasukan menewaskan DPMM FC serta Sabah FC tanpa bolos.

Konsistensi yang ditampilkan Haziq dilihat sebagai antara faktor utama yang menjadikan Kuching City sebuah pasukan yang sukar ditewaskan musim ini. Selain pertahanan yang tersusun, kehadiran penjaga gol yang berprestasi tinggi memberi keyakinan tambahan kepada keseluruhan skuad.

Dengan rekod pertahanan yang mengagumkan setakat ini, Haziq dilihat berpotensi untuk terus menambah koleksi clean sheet dan mengukuhkan reputasinya sebagai antara penjaga gol terbaik dalam bola sepak tempatan musim ini.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok