• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Harga Minyak Brent Melepasi AS$100, Pasaran Saham Asia Menjunam
13 March 2026 | 10:55 AM

Harga Minyak Brent Melepasi AS$100, Pasaran Saham Asia Menjunam

TOKYO – Harga minyak mentah global terus meningkat melepasi paras AS$100 setong, sementara pasaran saham Asia jatuh pada awal dagangan hari ini susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Minyak mentah Brent naik 0.20 peratus kepada AS$100.66 setong selepas melepasi paras AS$100 semalam. Sementara itu, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) kekal pada AS$95.75 setong.

Di Jepun, indeks utama Nikkei 225 susut 1.4 peratus kepada 53,687.30 mata. Indeks KOSPI di Korea Selatan turut mencatat penurunan lebih besar apabila merosot 2.2 peratus kepada 5,462.97 mata.

Kenaikan harga minyak ini berlaku selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu. Sejak itu, harga minyak penanda aras global dilaporkan meningkat antara 40 hingga 50 peratus, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global serta tekanan inflasi.

Ketegangan turut memberi kesan kepada Selat Hormuz, laluan strategik yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dunia, yang kini dilaporkan hampir ditutup sepenuhnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan keselamatan Arab Saudi memintas puluhan dron pada awal hari ini, manakala Israel sekali lagi berdepan serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari Tehran.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa konflik di Teluk berpotensi mencetuskan gangguan bekalan terbesar dalam sejarah industri minyak.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan di media sosial bahawa usaha menewaskan apa yang beliau gelar sebagai “empayar jahat” Iran lebih penting daripada kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok