• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool Panas! Hancurkan West Ham 5-2
01 March 2026 | 01:51 PM

Liverpool Panas! Hancurkan West Ham 5-2

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menyifatkan peningkatan ketara pasukannya dalam situasi bola mati sebagai perkembangan positif yang “kembali normal” selepas pasukan itu membelasah West Ham United 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

The Reds mencatat sejarah apabila menjadi pasukan kedua dalam sejarah Liga Perdana yang berjaya menjaringkan tiga gol menerusi sepakan penjuru dalam separuh masa pertama. Hugo Ekitike, Virgil van Dijk dan Alexis Mac Allister menyumbang jaringan tersebut untuk meletakkan juara England itu dalam kedudukan selesa.

Prestasi cemerlang Liverpool dalam situasi set-piece turut diteruskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, termasuk jaringan Van Dijk ketika menentang Sunderland dan Bournemouth, serta tandukan Ibrahima Konate ketika menewaskan Newcastle United 4-1.

Selain itu, Dominik Szoboszlai turut mencuri tumpuan apabila membuka jaringan menerusi sepakan percuma menarik ketika Liverpool tewas 1-2 kepada Manchester City.

Sebelum ini, Liverpool merekodkan statistik terburuk liga dari segi perbezaan jaringan yang dijaringkan dan dibolosi menerusi situasi bola mati menjelang penghujung 2025. Namun, pasukan itu kini muncul antara yang terbaik dalam aspek sama bagi 2026.

Slot menyifatkan perubahan itu sebagai sesuatu yang menggembirakan. “Ini sangat menggembirakan kerana pertama, itulah sebab kami menang. Kedua, ramai berkata kami bermain baik, tetapi pada pandangan saya, kami pernah bermain lebih baik ketika tewas dan dibolosi daripada situasi bola mati,” katanya.

“Pada separuh pertama musim, hampir setiap bola mati yang kami lepaskan berakhir dengan gol. Kini kami mula menjaringkan gol daripada situasi itu dan keadaan nampak lebih cerah.”

Bagaimanapun, Slot merendahkan impak perubahan selepas kelab memecat jurulatih bola mati, Aaron Briggs, hujung tahun lalu. Beliau menjelaskan bahawa pasukannya sebenarnya sudah mencipta banyak peluang sebelum ini, cuma kurang ketajaman penyudah.

“Kami mencipta banyak peluang pada separuh pertama musim, cuma terlalu banyak yang tidak menjadi gol. Mungkin ada satu atau dua perincian kecil berubah dari segi bertahan dan menyerang, tetapi sebab terbesar adalah keadaan kembali normal,” tambahnya.

Kemenangan tersebut melonjakkan Liverpool ke tangga kelima liga, sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan kukuh untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Prestasi kelab-kelab England dalam pertandingan Eropah musim ini juga meningkatkan peluang lima pasukan teratas Liga Perdana untuk memperoleh slot ke kejohanan elit benua itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok