• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Tegaskan Setia Bersama Al-Nassr, Mahu Terus Kejar Rekod 1,000 Gol
26 February 2026 | 10:48 AM

Ronaldo Tegaskan Setia Bersama Al-Nassr, Mahu Terus Kejar Rekod 1,000 Gol

RIYADH - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, menegaskan komitmennya untuk terus bersama Al-Nassr walaupun timbul spekulasi mengenai masa depannya di Arab Saudi.

Sebelum ini, penyokong Al-Nassr dilanda kebimbangan selepas Ronaldo tidak diturunkan dalam tiga perlawanan, susulan laporan yang mendakwa beliau meluahkan kebimbangan terhadap penggunaan dana awam dalam pengurusan kewangan kelab.

Bagaimanapun, Ronaldo tampil meredakan keadaan dengan menyatakan hasrat untuk kekal sehingga kontraknya berakhir pada Jun tahun depan.

“Saya sangat gembira dan seperti yang saya cakap sebelum ini, Arab Saudi boleh dianggap seperti rumah sendiri. Negara ini menerima kehadiran saya, keluarga dan rakan-rakan dengan baik.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan mahu terus kekal berada di sini. Apa yang penting sekarang adalah membantu pasukan mencapai setiap sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika khabar angin bertiup kencang bahawa bekas legenda Real Madrid tersebut mungkin mempertimbangkan untuk kembali beraksi di Eropah. Beberapa kelab dilaporkan menunjukkan minat terhadap khidmatnya.

Dalam masa sama, saingan di Arab Saudi dilihat sebagai pentas terbaik buat Ronaldo memburu impian peribadi menjaringkan 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya. Setakat ini, beliau telah mengumpul 964 gol dan terus mendekati pencapaian bersejarah itu.

Dengan komitmen yang ditegaskan, fokus Ronaldo kini terarah kepada membantu Al-Nassr bersaing merebut kejuaraan sambil terus mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok