• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Heskey Pilih Kvaratskhelia Sebagai Calon Utama Ganti Mohamed Salah di Liverpool
25 February 2026 | 11:19 AM

Heskey Pilih Kvaratskhelia Sebagai Calon Utama Ganti Mohamed Salah di Liverpool

Bekas penyerang sensasi Liverpool, Emile Heskey, percaya sudah tiba masanya The Reds merancang pelan jangka panjang bagi mencari pengganti kepada Mohamed Salah dengan bintang Paris Saint-Germain, Khvicha Kvaratskhelia sebagai pilihan utamanya.

Salah sebelum ini menandatangani kontrak lanjutan dua tahun untuk kekal di Anfield, namun usianya yang kini memasuki fasa 30-an mula menimbulkan persoalan tentang tempoh jangka panjangnya bersama kelab itu. Walaupun masih menjadi antara pemain paling prolifik dalam sejarah Liverpool, prestasinya musim ini dilihat sedikit menurun berbanding standard luar biasa yang ditetapkannya sebelum ini.

Ketegangan yang tercetus pada pertengahan musim turut mencetuskan spekulasi bahawa ini mungkin musim terakhirnya dalam saingan Premier League.

Menurut Heskey, menggantikan Salah bukan tugas mudah kerana impaknya terlalu besar.

“Apabila bercakap tentang pengganti Mohamed Salah, penyokong perlu bersedia melihat sesuatu yang berbeza kerana anda tidak boleh menggantikan pemain seperti Mo,” katanya.

Beliau mengimbas kembali kritikan yang pernah diterima Salah pada satu musim yang dianggap ‘buruk’, walhal pemain Mesir itu masih menjaringkan 25 gol.

“Kita bercakap tentang pemain yang mampu menjaringkan lebih 20 hingga 30 gol semusim selama hampir sedekad. Musim ‘buruk’ pun ramai pemain lain tidak mampu capai.”

Dalam mencari pengganti ideal, Heskey meletakkan Kvaratskhelia di kedudukan teratas senarainya.

Pemain antarabangsa Georgia itu mencuri perhatian selepas membantu PSG menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu, tidak lama selepas perpindahannya dari Napoli. Kelincahan, kreativiti serta keberaniannya dalam situasi satu lawan satu dilihat mampu membawa dimensi baharu kepada jentera serangan Liverpool.

“Dia akan menjadi pilihan utama saya,” tegas Heskey.

Selain Kvaratskhelia, kapten West Ham United, Jarrod Bowen turut disebut sebagai calon berpotensi.

Menurut Heskey, walaupun tahap Bowen mungkin kelihatan lebih rendah jika dibandingkan dengan Salah, pemain itu menawarkan etika kerja dan fleksibiliti taktikal yang berbeza.

“Bowen jenis pemain yang rajin bekerja dan mungkin lebih membantu dari sudut formasi berbanding Mo,” jelasnya.

Dalam masa sama, Heskey turut menyuarakan minat terhadap bekas pemain Chelsea yang kini beraksi bersama AC Milan, Christian Pulisic.

Walaupun pernah bergelut dengan konsistensi di Stamford Bridge, Pulisic dilihat memiliki keazaman tinggi untuk membuktikan kemampuannya di pentas England.

“Permainannya sangat direct. Dia mungkin tidak menjaringkan banyak gol ketika di Chelsea, tetapi dia sentiasa memberi masalah kepada pertahanan lawan.

“Selepas kempen Piala Dunia yang baik, dia boleh menawarkan dimensi berbeza berbanding Salah atau Cody Gakpo,” katanya lagi.

Heskey turut mengingatkan bahawa Salah sendiri pernah meninggalkan Chelsea untuk ke Itali sebelum kembali ke England dan mencipta impak besar bersama Liverpool laluan yang mungkin boleh dicontohi Pulisic.

Dengan masa depan Salah terus menjadi tanda tanya, perbincangan mengenai penggantinya pasti akan terus hangat dalam kalangan penyokong The Reds.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok