• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Malaysia Jadi Negara Ketiga Tertinggi Tontonan Filem The Voice of Hind Rajab
30 January 2026 | 11:11 AM

Malaysia Jadi Negara Ketiga Tertinggi Tontonan Filem The Voice of Hind Rajab

KUALA LUMPUR - Filem berteraskan kemanusiaan, The Voice of Hind Rajab, terus mencipta kejayaan apabila Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi di dunia dari segi jumlah tontonan, di belakang Perancis dan Itali, sekaligus mengatasi Belgium dan Sepanyol.

Selepas 21 hari tayangan, filem ini merekodkan lebih 60,000 jualan tiket di seluruh negara, membuktikan sokongan padu penonton tempatan melalui Gerakan Suara Malaysia terhadap karya yang mengangkat nilai empati, kemanusiaan dan solidariti sejagat.

Ditayangkan di 47 pawagam di seluruh Malaysia, The Voice of Hind Rajab menunjukkan peningkatan tontonan yang konsisten setiap hari. Momentum ini dijangka terus berkembang seiring peningkatan kesedaran awam serta sokongan berterusan terhadap naskhah yang menyentuh realiti kemanusiaan global.

Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan filem tersebut di peringkat antarabangsa, malah mencerminkan keterbukaan penonton tempatan dalam menghargai karya sinematik yang membawa mesej mendalam dan berimpak tinggi.

Filem ini diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films, dengan Primeworks Studios (PWS) sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Ia diarahkan oleh sutradara tersohor dari Tunisia, Kaouther Ben Hania, yang terkenal dengan gaya penceritaan berani dan penuh jiwa.

Naskhah ini dibintangi pelakon antarabangsa seperti Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury, yang menghidupkan kisah ini dengan persembahan penuh emosi dan kejujuran.

Lebih daripada sekadar sebuah filem, The Voice of Hind Rajab merupakan rakaman sejarah dan suara kemanusiaan yang kekal abadi. Diangkat daripada kisah benar, ia mengajak penonton merenung makna kehilangan, harapan dan kemanusiaan dalam situasi paling getir.

Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1 bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, menjadikan setiap tontonan satu bentuk sokongan nyata.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 
 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok