• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lisa Blackpink Dilantik Duta Amazing Thailand
29 January 2026 | 10:39 AM

Lisa Blackpink Dilantik Duta Amazing Thailand

BANGKOK – Lalisa “Lisa” Manobal dari kumpulan K-pop terkenal Blackpink telah dilantik sebagai Duta Amazing Thailand menerusi kempen pelancongan terbaharu bertemakan “Feel All the Feelings.”

Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Thapanee Kiatphaibool, berkata pelantikan Lisa akan memperkenalkan keindahan, keunikan dan nilai Thailand dari sudut pandang baharu, sekali gus menggalakkan pelancong menghargai negara itu bukan sekadar sebagai destinasi menarik, tetapi melalui pengalaman bermakna yang meninggalkan kesan mendalam.

Menurut beliau, langkah ini menandakan fasa baharu dalam mempromosikan Thailand, dengan fokus kepada hubungan emosi dan pengalaman berkualiti yang membentuk kenangan jangka panjang. Majlis pelancaran kempen tersebut berlangsung di Wat Arun Ratchawararam, Bangkok, pada Rabu.

Thapanee turut menekankan komitmen TAT dalam memperkukuh keyakinan pelancong menerusi inisiatif Trusted Thailand, yang memposisikan negara itu sebagai destinasi berkualiti, selamat dan boleh dipercayai.

Kempen “Feel All the Feelings” juga menggalakkan rakyat Thailand menjadi “tuan rumah yang baik” sambil memastikan setiap lawatan memberi rasa selamat, pengalaman bermakna dan mendorong kunjungan berulang.

“Tiap pengalaman mempunyai nilai. Setiap detik perjalanan – sama ada melalui manusia, budaya, cara hidup atau suasana semuanya bermakna. Kami mahu setiap lawatan mencipta kenangan jangka panjang yang memberi inspirasi kepada pelancong untuk datang ke Thailand, kembali semula dan berkongsi cerita mereka,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok