PETALING JAYA – Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan pengukuhan ketara apabila mencecah paras RM3.92 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus antara yang paling kukuh dalam sejarah terkini.
Menurut paparan penukar mata wang Xe, kadar pertukaran semasa menunjukkan AS$1 bersamaan RM3.9225, meningkat daripada RM3.95 sehari sebelumnya.
Perkembangan ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan teruja, terutama selepas sekian lama ringgit berada di atas paras RM4.
Sebahagian pengguna menyifatkan pengukuhan ini sebagai petanda positif terhadap ekonomi negara, manakala yang lain berharap trend tersebut dapat dikekalkan dalam jangka panjang.
“Tak sangka ringgit boleh turun sampai bawah RM4, macam mimpi,” kata seorang pengguna.
“Kalau betul ekonomi makin stabil, rakyat harap harga barang pun ikut turun,” tambah seorang lagi.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan, namun pemerhati ekonomi percaya sentimen pasaran global dan aliran masuk pelaburan asing menjadi antara faktor utama pengukuhan ringgit.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back