• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mourinho Lancar Perang Psikologi Jelang Benfica vs Real Madrid
28 January 2026 | 11:21 AM

Mourinho Lancar Perang Psikologi Jelang Benfica vs Real Madrid

LISBON – Jurulatih Benfica, Jose Mourinho, mencetuskan kontroversi menjelang pertembungan penting menentang Real Madrid dalam aksi terakhir fasa liga Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Benfica kini berada di tangga ke-29 dan wajib mencatat kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan playoff. Real Madrid pula selesa di kedudukan ketiga dengan 15 mata hasil lima kemenangan dan dua kekalahan daripada tujuh perlawanan.

Mourinho secara terbuka mengkritik keputusan pengurusan Real Madrid melantik Alvaro Arbeloa sebagai ketua jurulatih selepas pemecatan Xabi Alonso, dengan menyifatkannya sebagai satu kesilapan besar.

“Ada jurulatih yang belum membuktikan apa-apa, tetapi diberikan peluang mengendalikan kelab sebesar ini. Itu sangat mengejutkan saya,” kata Mourinho.

“Pada saya, jurulatih yang baik adalah mereka yang menang secara konsisten, bukan sekadar tampil yakin tanpa pengalaman.”

Namun, Arbeloa enggan membalas kritikan tersebut dan sebaliknya menunjukkan rasa hormat kepada Mourinho, yang disifatkannya sebagai salah seorang idolanya.

“Anda tahu betapa besarnya pengaruh Mourinho dalam hidup saya. Saya mendengar dan menganalisis, tetapi jika saya cuba menjadi seperti beliau, saya tahu saya tidak mampu,” kata Arbeloa.

Perlawanan ini dijangka berlangsung sengit, bukan sahaja di atas padang, tetapi juga dari sudut perang psikologi antara dua tokoh besar bola sepak Eropah.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok