• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hiasi Papan Iklan Times Square New York, Mimifly Mahu Terus Martabat Bahasa Melayu
27 January 2026 | 12:56 PM

Hiasi Papan Iklan Times Square New York, Mimifly Mahu Terus Martabat Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) - Selepas mencuri tumpuan menerusi persembahan memukau di majlis penutup Sukan SEA 2025 di Thailand, artis Malaysia MimiFly sekali lagi mencipta kebanggaan apabila wajahnya terpampang megah di papan iklan Times Square, New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, ketika berkongsi rasa bangganya mendapat pengiktirafan antarabangsa itu, berkata ‘playlist’ Spotify yang dipaparkan pada papan iklan berkenaan hanya mengandungi lagu-lagu dalam bahasa Melayu.

Namun, di sebalik pengiktirafan di Amerika Syarikat itu, pelantun lagu Angkat tersebut menegaskan perjuangannya kekal berteraskan usaha memartabatkan bahasa Melayu, tanpa terpengaruh untuk menghasilkan karya dalam bahasa asing atau menembusi pasaran global secara agresif.

Penyanyi berusia 40 tahun itu juga berkata fokus utamanya kini adalah untuk terus menonjolkan keindahan puisi, sastera serta jiwa Melayu melalui karya muzik yang dihasilkan, selari dengan identitinya sebagai pengkarya berjiwa Nusantara.

“Saya memang berjiwa Nusantara dan Melayu, saya cuma nak hasilkan lagu dan tonjolkan keindahan bahasa kita. Saya juga mahu membuktikan industri muzik tempatan mampu tampil moden dan berkualiti tanpa mengorbankan identiti diri,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Teater Amal IWK ‘Najis Jadi Teman’ di IWK Eco Park, baru-baru ini.

Mengulas kejayaan menghiasi papan iklan itu sebagai impian yang tidak pernah disangka menjadi kenyataan, Mimi berkata beliau belajar sesuatu daripada peristiwa tersebut.

“Pengalaman itu menyedarkan Mimi bahawa apabila terlalu menginginkan sesuatu, impian itu selalunya tidak menjadi, namun apabila dilepaskan dan dibiarkan hidup berjalan, kejayaan hadir dengan rasa yang lebih manis,” katanya sambil mendedahkan beliau pernah mengimpikan wajahnya terpampang di papan iklan besar kira-kira dua dekad lalu.

“Sekarang bukan sahaja impian itu jadi kenyataan, malah wajah Mimi terpampang di papan iklan paling ikonik di dunia. Sememangnya pencapaian ini amat membanggakan, kerana kalau Korea boleh bawa K-pop sampai satu dunia, kenapa kita tidak boleh bawa bahasa kita sendiri?

“Bahasa kita pun tidak kurang hebatnya. Kita ada Malaysia dan Indonesia, dan sebagai Asia Tenggara, orang luar sebenarnya belum sedar betapa berkembangnya kita sekarang. Dengan kuasa Internet, mereka mula nampak, dan Mimi rasa, I belong here,” katanya yang juga seorang penulis lirik dan komposer.

Menegaskan yang beliau selesa dengan arah yang diikutinya pada masa ini, Mimi berkata beliau tekal memberi penekanan terhadap kualiti dan kejujuran dalam berkarya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok