• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Siasatan Kes Bunuh Di Sri Aman Selesai, Tiada DNA Asing Pada Senjata
23 January 2026 | 12:06 PM

Siasatan Kes Bunuh Di Sri Aman Selesai, Tiada DNA Asing Pada Senjata

KUCHING, 23 Jan (Bernama) - Siasatan kes pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Jan lepas telah selesai, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 30 saksi terdiri daripada ahli keluarga, rakan, rakan tempat kerja dan jiran, selain menerima laporan kimia serta patologi hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.

“(Menerusi siasatan kita) Saya boleh membuat kesimpulan kes ini telah selesai dan hasil dari siasatan ke atas senjata digunakan dalam kes ini terdapat hanya DNA kedua-dua mangsa sahaja dan tiada DNA asing lain.

“Kita juga tidak menjumpai tanda-tanda pecah rumah atau barang berharga yang hilang atau mereka kena samun. Jadi inference yang boleh kita buat bahawa pembunuhan ini hanya melibatkan mangsa berdua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pagi ini.

Mohamad Zainal yakin bahawa tiada lagi siasatan lain yang perlu dilakukan, namun tidak boleh mengkategorikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana harus menunggu laporan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa.

“Hasil keterangan saksi kita juga mendapati mangsa lelaki (suami) apabila ditukarkan menjadi guru besar di sekolah baharu telah mengalami kemurungan. Mungkin melalui laporan forensik telefon mereka kita boleh mengetahui lebih lanjut dan membantu kita mendapatkan motif kes ini,” katanya.

Pada 14 Jan lepas, Mohamad Zainal mengesahkan seorang guru besar dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki (suami) mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada, manakala hasil bedah siasat ke atas mangsa perempuan (isteri), mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok