PUTRAJAYA - Bermula tahun hadapan, pendidikan prasekolah di Malaysia akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala Tahun Satu pula akan bermula pada usia enam tahun, menurut pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perubahan ini belum diwajibkan kepada ibu bapa bagi memberi ruang kepada semua pihak, khususnya warga pendidik, untuk bersedia dengan persekitaran pendidikan baharu.
Pengumuman tersebut dibuat semasa Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di Putrajaya.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back