• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pegawai Perubatan Lapor Kematian Berkaitan Virus Di Semenanjung Gaza
20 January 2026 | 11:01 AM

Pegawai Perubatan Lapor Kematian Berkaitan Virus Di Semenanjung Gaza

GAZA, 19 Jan (Bernama-Xinhua) - Pegawai perubatan di Semenanjung Gaza pada Isnin memaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatan sedang merekodkan kematian pada setiap hari dalam kalangan penduduk akibat penularan sejenis virus di wilayah pesisir pantai itu yang dihuni lebih dua juta orang, lapor Xinhua.

Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandaraya Gaza, Mohammed Abu Salmiya, memberitahu stesen radio rasmi Voice of Palestine bahawa “virus yang menular di wilayah itu sejak awal musim sejuk telah menyebabkan kematian harian, bukan sahaja dalam kalangan warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik, tetapi juga wanita hamil dan kanak-kanak.”

Abu Salmiya tidak menyatakan jumlah kematian atau jenis virus berkenaan secara terperinci, namun beliau menyebut mengenai kematian seorang doktor dan seorang gadis berusia 18 tahun beberapa hari lalu akibat komplikasi jangkitan itu.

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan virus berkenaan disertai dengan gejala serius termasuk demam panas, sakit sendi teruk dan sakit kepala, yang boleh membawa kepada radang paru-paru teruk dan dalam sesetengah kes, menyebabkan kematian.

“Tidak kira sama ada ia adalah strain koronavirus yang bermutasi atau influenza bermusim, masalahnya ialah kami tidak mempunyai ujian makmal untuk mengenal pasti puncanya.”

Beliau berkata virus itu “menjadi ancaman sebenar kepada nyawa penduduk,” sambil menyatakan bahawa tempoh pengeraman kini meningkat kira-kira dua minggu berbanding seminggu sebelum ini.

“Pasukan perubatan di Semenanjung Gaza sedang menyaksikan peningkatan berterusan kes sedemikian di jabatan kecemasan hospital, sekali gus menambah beban kepada sistem kesihatan yang sudah pun tenat dan serba kekurangan,” katanya.

“Kemerosotan imuniti keseluruhan penduduk akibat kebuluran yang melanda wilayah itu serta kehidupan dalam khemah usang yang tidak mampu melindungi daripada cuaca sejuk telah memburukkan lagi keadaan yang sememangnya sudah tenat," tambah pengarah itu.

Sementara itu, ahli pulmonologi di Semenanjung Gaza, Mohammed Abdel Moneim, berkata virus berkenaan “bukanlah baharu, tetapi kini lebih ganas berbanding sebelumnya, dan gejala paling lazim ialah demam panas, sesak nafas, batuk teruk dan sakit tekak.”

Dalam satu kenyataan media, Abdel Moneim menjelaskan bahawa pasukan perubatan boleh mengenal pasti individu yang dijangkiti virus itu melalui imbasan sinar-x yang menunjukkan keradangan teruk pada paru-paru, yang boleh membawa maut.

Beliau menambah bahawa penduduk hidup dalam keadaan bersesak-sesak di kem yang menjadi perlindungan sementara dan langkah perlindungan diri seperti pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan serta langkah penyahjangkitan juga tidak dapat diamalkan.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok