• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Raphinha bintang El Clasico, Barcelona rangkul Piala Super Sepanyol
12 January 2026 | 10:57 AM

Raphinha bintang El Clasico, Barcelona rangkul Piala Super Sepanyol

JEDDAH - Raphinha muncul wira Barcelona apabila menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Real Madrid 3-2 dalam aksi final Piala Super Sepanyol yang penuh drama di Stadium Raja Abdullah.

Perlawanan El Clasico itu menyaksikan tempo tinggi sejak awal, dengan babak pertama diwarnai empat jaringan dalam tempoh singkat yang mencetuskan suasana tegang di atas padang.

Selepas permainan bermula seimbang, Barcelona meningkatkan tekanan dan membuka jaringan pada minit ke-36. Raphinha melakukan larian ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Real Madrid.

Real Madrid bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi aksi individu cemerlang Vinicius Jr, yang memecut dari tengah padang, mengatasi dua pemain pertahanan sebelum menamatkan peluang dengan penyudah kemas.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Robert Lewandowski kembali meletakkan Barcelona di hadapan hanya dua minit kemudian, selepas bijak memanfaatkan ruang di dalam kotak penalti.

Drama berterusan menjelang rehat apabila Real Madrid sekali lagi menyamakan kedudukan. Bermula dengan sepakan penjuru, Raphinha berjaya menghalang bola di atas garisan, namun Gonzalo Garcia pantas menyambar bola muntah yang terkena palang dan tiang sebelum melintasi garisan gol, menjadikan kedudukan 2-2.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-73 apabila Raphinha melepaskan percubaan dari luar kotak penalti. Walaupun sedikit tergelincir, bola terkena pemain pertahanan Real dan menewaskan Thibaut Courtois untuk jaringan penentuan.

Aksi menjadi semakin panas di penghujung perlawanan apabila Barcelona kehilangan Frenkie de Jong yang dilayangkan kad merah selepas terjahan ke atas Kylian Mbappe. Real Madrid cuba memanfaatkan kelebihan seorang pemain, namun dua percubaan jarak dekat oleh Alvaro Carreras dan Franco Mastantuono berjaya dinafikan oleh penjaga gol Joan Garcia.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona menjulang Piala Super Sepanyol buat kali ke-16 dalam sejarah kelab, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan paling berjaya di Sepanyol.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok