KUALA LUMPUR, 5 Jan 2026 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6.00 petang ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sibu; Mukah (Matu, Dalat dan Mukah); Kapit (Song); Bintulu; Miri serta Limbang.
Di Sabah, kawasan terjejas termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan serta Kudat. WP Labuan turut berada dalam senarai amaran.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku lebih daripada sejam. Amaran ribut petir ini bersifat jangka pendek, sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, khususnya pengguna jalan raya dan mereka yang berada di kawasan terdedah, serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini.
Amaran dikeluarkan pada 2.45 petang, 5 Januari 2026.
Sumber: MetMalaysia
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back