• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penganjur Acara Besar di Sarawak Diminta Teliti Kandungan Persembahan
29 December 2025 | 11:13 AM

Penganjur Acara Besar di Sarawak Diminta Teliti Kandungan Persembahan

KUCHING: Penganjur yang terlibat dalam penganjuran aktiviti atau program berskala besar di Sarawak digesa supaya meneliti dengan lebih terperinci kandungan persembahan bagi mengelakkan kemasukan unsur negatif yang boleh mencetuskan reaksi tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat setempat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, aspek sensitiviti dan kesesuaian persembahan seharusnya diberi perhatian serius oleh pihak penganjur, termasuk agensi yang meluluskan permit seperti pihak berkuasa tempatan dan polis.

Menurut beliau, sebarang bentuk persembahan yang bercanggah dengan adat dan budaya tempatan serta nilai ketimuran wajar dielakkan kerana berpotensi mengundang kecaman awam.

“Saya berharap penganjur meneliti sensitiviti masyarakat terlebih dahulu dan tidak menampilkan elemen keterlaluan atau yang menyimpang daripada norma budaya kita.

“Oleh itu, pihak kementerian, majlis tempatan dan polis yang memberi kelulusan perlu menilai kandungan program sama ada ia berunsur negatif sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Festival Jabat Sejagat di Perkampungan Sukan Sarawak, Petra Jaya, pada Ahad.

Dalam pada itu, Abdul Karim memaklumkan Konsert Hitungan Detik (Countdown) Bandaraya Miri 2026 tetap akan diteruskan, namun pengisian aktivitinya telah disusun semula dengan program yang lebih sesuai dan menarik.

Beliau menegaskan pihaknya menyokong penganjuran acara sambutan seumpama itu, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang elemen yang boleh menjejaskan sensitiviti masyarakat.

“Penganjuran acara hitung detik tidak menjadi masalah. Di bandaraya Kuching sendiri, sambutan diadakan dari jam 8 malam hingga 2 pagi dengan pelbagai persembahan melibatkan penyanyi tempatan dan antarabangsa.

“Tiada bantahan daripada masyarakat kerana mereka gembira menyambut tahun baharu, tetapi ia tidak wajar dicemari dengan budaya yang tidak sihat,” katanya.

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Miri dilaporkan membuat laporan polis sebagai tanda bantahan terhadap penganjuran Pesta Buih sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Susulan bantahan tersebut, beberapa persembahan sempena ambang tahun baharu di bandaraya Miri telah disusun semula selepas perbincangan bersama pihak berkaitan.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok