• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarawak Umum Pencapaian Guinness World Records pada Ambang Tahun Baharu 2026
26 December 2025 | 06:02 PM

Sarawak Umum Pencapaian Guinness World Records pada Ambang Tahun Baharu 2026

KUCHING: Sarawak bakal mencipta detik bersejarah apabila pencapaian Guinness World Records (GWR) menerusi satu perjalanan unik merangkumi mercu tanda ikonik negeri ini diumumkan pada sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

Menurut kenyataan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), pengumuman rasmi itu akan dibuat di Tebingan Sungai Kuching (Waterfront) pada 31 Disember ini, sekali gus mengangkat nama Sarawak di pentas global menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pencapaian GWR tersebut meletakkan Sarawak dalam kalangan pemegang rekod dunia, memperkukuh kedudukan antarabangsa negeri ini serta menjadi simbol kebanggaan bersama rakyat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pencapaian itu melambangkan skala, ketersambungan dan aspirasi Sarawak sebagai gerbang ke Borneo.

“Pencapaian ini melangkaui rekod dunia. Ia mencerminkan kesediaan Sarawak untuk memimpin dengan idea berani, inovatif dan penuh keyakinan ketika melangkah ke tahun 2026,” katanya.

Beliau menambah, pengumuman GWR pada malam tahun baharu menghantar isyarat jelas tentang momentum yang sedang dibina Sarawak dalam menarik perhatian pengembara global.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok