PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang ini melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk tersebut diramalkan berlaku di Pahang melibatkan daerah Bentong dan Temerloh. Di Selangor, kawasan terjejas termasuk Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Di Negeri Sembilan, daerah terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin. Sementara di Johor, ribut petir dijangka melanda Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang.
Di Sabah, kawasan terlibat termasuk Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Sumber: MetMalaysia
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back