• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Rangkul Trofi Keenam 2025 Selepas Tundukkan Flamengo
19 December 2025 | 11:18 AM

PSG Rangkul Trofi Keenam 2025 Selepas Tundukkan Flamengo

DOHA – Paris Saint-Germain (PSG) terus mencipta sensasi apabila menambah koleksi kejuaraan mereka pada tahun 2025 dengan menjuarai Piala Intercontinental selepas menewaskan Flamengo menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam.

Aksi final yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa permainan tamat, sebelum PSG menang 4-3 dalam penentuan penalti. Kejayaan itu sekali gus menghadiahkan trofi keenam buat juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tersebut tahun ini.

Penjaga gol PSG, Matvei Safonov muncul wira apabila mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan empat sepakan penalti pemain Flamengo, memastikan kemenangan berpihak kepada kelab gergasi Perancis itu.

PSG terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Khvicha Kvaratskhelia pada minit ke-38, namun Flamengo bangkit menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Jorginho.

Jurulatih PSG, Luis Enrique meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pasukannya dan memuji kekuatan mental para pemain dalam menghadapi perlawanan yang mencabar.

“Enam trofi adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa. Ini perlawanan yang sukar dan Flamengo memberikan tentangan hebat, tetapi pemain menunjukkan semangat juang dan disiplin yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah PSG, Vitinha turut mengakui perlawanan tersebut amat mencabar, selain menyifatkan Safonov sebagai tonggak penting kejayaan pasukan.

“Ini final yang sangat penting dan sukar. Kami bernasib baik memiliki Safonov yang beraksi cemerlang ketika saat genting,” ujarnya.

Kejayaan ini mengukuhkan lagi dominasi PSG di pentas antarabangsa sepanjang musim 2025.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok