• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pembukaan Sukan SEA Thailand 2025: 800,000 Liter Air dan Api Hijau Cipta Sejarah
10 December 2025 | 10:53 AM

Pembukaan Sukan SEA Thailand 2025: 800,000 Liter Air dan Api Hijau Cipta Sejarah

BANGKOK, 9 Dis (Bernama) - Lebih 800,000 liter air dan pengenalan julung kalinya api hijau, antara sorotan utama upacara pembukaan Sukan SEA Thailand 2025, pada malam Selasa, yang menyaksikan Stadium Nasional Rajamangala di sini berubah menjadi simbol perpaduan utuh.

Pentas utama yang sebesar satu pertiga kolam renang Olimpik, mengubah stadium menjadi samudera yang menghubungkan kesemua sebelas negara yang mengambil bahagian pada edisi ke-33 temasya dwitahunan itu.

Acara bermula dengan segmen ‘Back to the Origin’ yang menampilkan 800 dron membentuk logo Sukan SEA 2025 dan akhirnya ditamatkan dengan ‘Sawasdee’, iaitu ucap selamat Thailand yang disampaikan kepada ASEAN dan penonton seluruh dunia.

Daripada kilauan dron, persembahan diteruskan dengan segmen ‘Ignite the Games’. Laser, nyala api dan cahaya melimpahi arena sebagai tanda cita-cita dan ketahanan atlet Asia Tenggara.

Ia diikuti persembahan lagu rasmi temasya, ‘1%’ , oleh artis rap berpengaruh Thailand GOLF F. HERO, penyanyi dan pelakon kelahiran Thai-Belgian, Violette Wautier serta artis hip hop tempatan terkenal Pitawat Pruksakit.

Acara yang turut dihadiri Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Thailand Permaisuri Suthida, diteruskan dengan segmen ‘We Are One - Connected by the SEA’.

Air menjadi fokus utama segmen berkenaan yang menampilkan tarian balet dalam air oleh lapan bekas atlet kebangsaan Thailand serta aksi-aksi mendebarkan penunggang jet ski dan flyboard di kolam berkenaan.

Persembahan akuatik itu kemudiannya menjadikan stadium sebagai ‘River of Friendship’ yang secara visual menghubungkan 11 negara.

Artis K-pop popular anggota GOT7 BamBam menyemarakkan lagi suasana menerusi segmen “Blooming of One Victory” dengan persembahan Wheels Up yang meraih sambutan hangat penonton di stadium.

Detik bermakna akhirnya tiba apabila kesemua kontinjen termasuk Malaysia yang diketuai atlet olahraga Andre Anura Anuar dan ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah sebagai pembawa Jalur Gemilang, berbaris memasuki stadium.

Sebanyak 59 atlet kebangsaan terdiri daripada atlet olahraga, luncur air dan luncur ais, dengan bangga memasuki stadium sambil mengenakan kemeja batik yang menonjolkan identiti Malaysia dengan imej moden dan berani, menggabungkan rekaan tradisi dan kontemporari.

Selepas Raja Maha Vajiralongkorn mengisytiharkan Sukan SEA dibuka, 'First Green Flame' dinyalakan sekali gus mentakrifkan semula kawah tradisi temasya menerusi nyalaan laser, pemetaan cahaya dan dron.

Direka bentuk untuk meminimumkan penggunaan bahan api, nyalaan itu menandakan peralihan yang signifikan ke arah kemampanan tanpa mengetepikan semangat upacara pembukaan Sukan SEA.

Pemenang pertama dua pingat emas Thailand, Panipak Wongpattanakit yang juga atlet taekwondo, menyalakan kawah justeru bermulalah kempen atlet dalam sukan masing-masing sehingga 20 Dis ini.

Sukan SEA Thailand 2025 kini berlangsung di dua wilayah iaitu Bangkok and Chonburi.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok