PETALING JAYA – Fenomena ribut tropika yang dikesan di tenggara Da Nang, Vietnam berada dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam (km/j), menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan bahawa ribut tropika berkenaan berada pada kedudukan Latitud 14.7° Utara dan Longitud 111.6° Timur, iaitu kira-kira 1,036 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia turut menegaskan bahawa sistem cuaca tersebut tidak memberi sebarang kesan signifikan kepada negara pada masa ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti maklumat dan amaran cuaca terkini melalui portal rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, saluran media sosial rasmi serta talian hotline 1-300-22-1638.|
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back