• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching City Semakin Hampiri Standard JDT Walaupun Tersingkir – Aidil Sharin
01 December 2025 | 01:14 PM

Kuching City Semakin Hampiri Standard JDT Walaupun Tersingkir – Aidil Sharin

ISKANDAR PUTERI – Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak percaya pasukannya semakin hampir mencapai tahap permainan Johor Darul Ta’zim (JDT), biarpun tewas pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Aidil menjelaskan, kekangan kecederaan memaksa beliau menurunkan skuad yang pincang dengan empat hingga lima pemain utama tidak dapat beraksi, selain terhad kepada hanya beberapa pemain import.

“Beraksi di sini dengan skuad yang terhad bukanlah mudah. Rancangan kami adalah bertahan pada babak pertama dan mengelak dibolosi. Namun, dalam 20 minit pertama, JDT berjaya menjaringkan gol walaupun kami tampil baik. Gol kedua pula berpunca daripada kesilapan kami sendiri,” katanya.

Meskipun tersingkir, Aidil menegaskan pencapaian mara ke separuh akhir merupakan satu detik bersejarah buat kelab yang masih baharu dalam saingan utama negara.

“Saya fikir kami benar-benar mencipta sejarah tahun ini. Detik ini amat penting untuk kami belajar dan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut memuji karakter dan semangat juang anak buahnya yang tampil berani dalam dua perlawanan besar musim ini, sambil merakam ucapan tahniah kepada JDT yang melangkah ke final.“Kami akan kembali lebih kuat musim depan. Kuching City kini semakin mendekati prestasi yang mereka tunjukkan,” tambahnya.

Mengulas mengenai permainan, Aidil mengakui kelalaian di awal babak kedua membuka ruang kepada JDT menambah jaringan, memaksa mereka menukar kepada strategi lebih menyerang.

Kecederaan yang menimpa Bonai sebelum gol kedua turut menjadi tamparan besar kepada benteng pertahanan Kuching City, yang kekurangan pilihan pemain untuk pertukaran.

“Kami perlu lebih berhati-hati menguruskan skuad kerana kami akan menghadapi satu lagi perlawanan penting menentang Terengganu minggu ini,” katanya.

Walaupun pulang tanpa kemenangan, Aidil tetap berpuas hati dengan komitmen serta usaha dipamerkan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok