• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Layak Beraksi dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia 2026 Selepas Hukuman Dikurangkan
27 November 2025 | 11:47 AM

Ronaldo Layak Beraksi dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia 2026 Selepas Hukuman Dikurangkan

LISBON – Cristiano Ronaldo dibenarkan menyertai perlawanan pertama Portugal pada Piala Dunia 2026 selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk menangguhkan sebahagian daripada hukuman penggantungannya.

Penyerang berusia 40 tahun itu sebelum ini digantung tiga perlawanan susulan kad merah yang diterimanya ketika Portugal tewas 0-2 kepada Republik Ireland di Dublin. Ronaldo dilayangkan kad merah kerana didakwa melakukan tindakan tidak sportif terhadap pemain pertahanan lawan, Dara O’Shea. Insiden itu sekali gus menyaksikan beliau dibuang padang buat kali pertama dalam 226 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Menurut FIFA, hanya satu perlawanan daripada hukuman tersebut dikekalkan dan telah pun dilunaskan ketika Portugal menewaskan Armenia 9-1 sebelum ini. Baki dua perlawanan lagi ditangguhkan pelaksanaannya di bawah tempoh percubaan selama setahun.

“Selaras dengan Artikel 27 Kod Tatatertib FIFA, baki penggantungan itu ditangguhkan bagi tempoh percubaan selama 12 bulan. Sekiranya Cristiano Ronaldo mengulangi kesalahan yang sama sifat dan tahapnya dalam tempoh itu, penggantungan berkenaan akan dikuatkuasakan serta-merta,” jelas FIFA dalam satu kenyataan.

Ronaldo, yang memegang rekod penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 143 gol, berhasrat untuk menyertai Piala Dunia keenamnya yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.

Bintang antarabangsa yang kini mewakili kelab Al Nassr di Arab Saudi itu masih belum berjaya menjulang trofi Piala Dunia, namun pernah menjadi tonggak utama dalam kejayaan Portugal merangkul gelaran Euro 2016.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok