• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Danish Ramli Sasar Kemenangan pada Pusingan Akhir JrGP di Valencia
21 November 2025 | 01:22 PM

Danish Ramli Sasar Kemenangan pada Pusingan Akhir JrGP di Valencia

Pelumba muda sensasi Malaysia, Hakim Danish Ramli, bersedia untuk menamatkan musim Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) dengan cemerlang pada pusingan akhir di Litar Ricardo Tormo, Valencia hujung minggu ini.

Danish tiba di litar sepanjang 4.01 km itu dengan motivasi tinggi selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam Kejuaraan Dunia Moto3, di mana beliau mengumpul mata bersama MSi Racing Team sebagai pelumba gantian Ryusei Yamanaka di GP Portugal dan GP Valencia. Dalam kedua-dua perlumbaan tersebut, beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-14, mengutip enam mata keseluruhan, dan membuktikan potensinya bersaing di peringkat dunia.

“Saya lebih bersemangat menghadapi pusingan akhir JrGP. Ini perlumbaan terakhir saya dalam JrGP sebelum beraksi penuh di Kejuaraan Dunia Moto3 tahun hadapan. Saya akan cuba sehabis baik dan berikan tentangan habis-habisan,” kata Danish.

Bercakap tentang persiapan untuk litar yang terkenal dengan lima selekoh kanan dan sembilan selekoh kiri itu, Danish yakin pasukannya menyediakan jentera terbaik. Beliau turut menekankan pengalaman yang diperoleh daripada perlumbaan Moto3 membantu meningkatkan kemahiran brek, pengendalian jentera, dan rentak sepusingan.

“Sasaran saya adalah meraih kemenangan pada perlumbaan kali ini dan menutup musim JrGP dengan cemerlang,” jelasnya.

Dua perlumbaan pada Ahad ini juga menandakan perpisahan Danish dengan kelas junior sebelum memulakan cabaran penuh di pentas dunia Moto3 tahun depan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok