• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus
20 November 2025 | 01:10 PM

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA, 19 Nov (Bernama-dpa) -- Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di Indonesia dan antara yang paling aktif, meletus pada petang Rabu dengan memuntahkan kepulan abu tebal tinggi di ruang udara Jawa Timur serta mencetuskan aliran piroklas yang bergerak pantas sejauh beberapa kilometer menuruni lerengnya, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Letusan itu bermula sekitar 4 petang (0900 GMT), menurut laporan bertulis Mukdas Sofian, seorang pegawai di pos pemantauan gunung berapi Indonesia.

Kepulan awan mengandungi abu itu menjulang kira-kira 2,000 meter ke udara, mencapai ketinggian sekitar 5,676 meter dari paras laut.

“Aliran piroklastik masih berlaku, dengan jarak aliran mencapai tujuh kilometer dari puncak, dan letusan masih berterusan ketika laporan ini disediakan,” kata Sofian.

Gunung Semeru, terletak di kawasan padat penduduk di Jawa, merupakan puncak tertinggi di Indonesia pada ketinggian 3,676 meter dan berada dalam Lingkaran Api Pasifik, zon seismik aktif yang sering mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Sumber: BERNAMA-dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok