• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hakim Danish Tamat Musim Moto3 Dengan Kutipan Mata di Valencia
18 November 2025 | 11:56 AM

Hakim Danish Tamat Musim Moto3 Dengan Kutipan Mata di Valencia

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, menutup kempen Moto3 musim 2025 dengan nota positif apabila meraih dua mata sebagai wildcard di Grand Prix (GP) Valencia.

Beraksi di Litar Ricardo Tormo, pelumba FRINSA MT Helmets MSI itu mempamerkan tunggangan matang sepanjang 20 pusingan. Bermula dari petak ke-18, Hakim Danish kekal konsisten dalam kelompok pertengahan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Pencapaian itu hadir selepas hujung minggu yang penuh cabaran, termasuk kesukaran menyesuaikan diri dengan keadaan litar dan cuaca sejuk pada sesi latihan sehingga menyebabkan beliau ketinggalan hampir lima saat. Namun, pelumba berusia 18 tahun itu bangkit dengan prestasi yang lebih meyakinkan menjelang perlumbaan.

Ini merupakan kali kedua Hakim Danish mengutip mata dalam tiga penampilan musim ini sebagai pengganti kepada pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka. Secara keseluruhan, beliau menamatkan musim di kedudukan ke-31 daripada 40 pelumba dengan enam mata, meskipun hanya beraksi dalam tiga perlumbaan sahaja.

Mengulas aksinya, Hakim Danish mengakui perlumbaan itu bukan mudah namun berpuas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan.

“Pada awal perlumbaan saya cuba memintas seramai mungkin pelumba tetapi ia sukar kerana mereka sangat laju. Saya terus berusaha dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Banyak pengalaman yang saya timba, terutama di Valencia di mana saya bermula dengan sangat perlahan. Terima kasih kepada pasukan yang tidak pernah berputus asa dalam membantu saya mencari pelarasan terbaik,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok