• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

‘Innalillahiwainnailaihirojiun…Hilangnya doa seorang ibu’ – Hafiz Suip
11 November 2025 | 10:59 AM

‘Innalillahiwainnailaihirojiun…Hilangnya doa seorang ibu’ – Hafiz Suip

Ibu kepada penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Suip, iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching, Sarawak, malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hafiz, 35 tahun, melalui hantaran di akaun Facebook miliknya pada hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” tulis Hafiz ringkas dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, Allahyarham Halizawati yang berusia 62 tahun menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 9.40 malam akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Hantaran penyanyi yang nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip itu menerima pelbagai ucapan takziah dan kata semangat daripada rakan-rakan artis serta orang ramai yang turut bersimpati atas pemergian ibunya.

Pada Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang berlangsung di Megastar Arena pada 1 November lalu, Allahyarham sempat membuat kejutan dengan muncul di atas pentas menaiki kerusi roda bagi memberikan sokongan kepada anaknya.

Sebelum ini, Hafiz pernah memaklumkan bahawa beliau kini menetap di Kuching bagi menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur. Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit diabetes kronik sehingga terpaksa memotong kaki kiri hingga ke paras lutut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok