• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Aidil Shahrin Akui Jentera Serangan KCFC Perlu Lebih Tajam Hadapi JDT
10 November 2025 | 11:24 AM

Aidil Shahrin Akui Jentera Serangan KCFC Perlu Lebih Tajam Hadapi JDT

KUCHING, 10 Nov – Ketua jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Shahrin Sahak mengakui barisan serangan pasukannya perlu memperbaiki ketajaman penyudah selepas tewas tipis kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Negeri, malam tadi.

Menurut Aidil, skuadnya kini menunjukkan peningkatan dari segi mencipta peluang, namun masih gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

“Kami sudah mula mencipta peluang yang baik, tetapi masih kurang tajam di depan gol. Misalnya, Daniel Asri tidak bernasib baik apabila sepakannya terkena tiang. Itulah bola sepak — kadang-kadang bukan rezeki,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Walaupun tewas, Aidil tetap berpuas hati dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya.

“Saya bangga dengan cara mereka berjuang. Yang penting, kami terima keputusan ini dan jadikan ia pengajaran untuk terus memperbaiki prestasi,” jelasnya.

Mengulas mengenai aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri nanti, Aidil menjangkakan cabaran lebih getir menanti KCFC apabila JDT beraksi di gelanggang sendiri.

“Aksi di sana pasti lebih sukar. JDT tentunya lebih kuat di tempat sendiri, jadi kami perlu bersiap dan mungkin ubah sedikit pendekatan,” ujarnya.

Namun, jurulatih berusia 47 tahun itu menegaskan bahawa semangat dan kerja keras kekal menjadi kunci utama dalam usaha pasukannya mencipta kejayaan.

“Dalam bola sepak, kita mesti terus mencuba, bekerja keras, dan berlatih setiap hari untuk jadi lebih baik,” tegasnya.

Aidil turut berpesan agar pemainnya menikmati pengalaman menentang pasukan gergasi seperti JDT dan memberikan aksi terbaik buat penyokong.

“Bukan selalu mereka dapat peluang bertemu pasukan besar. Jadi, bermainlah dengan sepenuh hati dan buktikan bahawa mereka layak berada di tahap ini,” katanya.

Sumber: Bilik Berita CATS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok