• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Muzium Budaya Borneo Angkat Nama Sarawak Di Peringkat Global
06 November 2025 | 10:45 AM

Muzium Budaya Borneo Angkat Nama Sarawak Di Peringkat Global

KUCHING, 5 Nov (Bernama) - Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelancongan utama menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan pengiktirafan Muzium Budaya Borneo (BCM) yang kini tersenarai di tangga teratas laman Museum World Ranking.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri komited untuk menjadikan muzium sebagai daya tarikan utama kepada pelawat tempatan dan antarabangsa, yang membuktikan potensi besar sektor warisan dan budaya dalam menarik minat pengunjung.

“Dengan reka bentuk moden serta pameran interaktif yang menampilkan kekayaan warisan etnik Borneo, muzium ini menjadi simbol kemajuan dan kebanggaan rakyat Sarawak.

“Selain itu, kami juga sedang menambah baik Muzium Sejarah Semula Jadi yang mempamerkan teori evolusi Darwin dan Wallace selain artifak serta biodiversiti di negeri ini bagi menarik pelawat dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sebuah hotel baharu bertaraf tiga bintang di sini hari ini.

BCM berada di kedudukan teratas dalam carta undian menerusi laman Museum World Ranking, mengatasi muzium tersohor Louvre di Paris, Perancis.

Setakat pukul 9.30 pagi hari ini, BCM meraih 49,467 undian, manakala Louvre berada di tempat kedua dengan 4,059 undian, menurut kemas kini di laman museumworldranking.net.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok