• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Namewee Serah Diri Bantu Siasatan Kes Bunuh Pempengaruh Wanita Taiwan
05 November 2025 | 11:45 AM

Namewee Serah Diri Bantu Siasatan Kes Bunuh Pempengaruh Wanita Taiwan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini.

“Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, penyanyi itu tampil ke IPD Dang Wangi awal pagi tadi selepas tiba dari Johor Bahru bagi memberi keterangan berhubung kematian pempengaruh Taiwan berkenaan Hsieh Yun Hsin, yang ditemukan mati di dalam bilik air hotel berkenaan pada 22 Okt lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Namewee berkata beliau hadir secara sukarela dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai dan keluarga mangsa.

“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor berkata kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemuzik terbabit merupakan individu terakhir bersama mangsa dan dianggap penting dalam membantu siasatan.

Mayat Hsieh sebelum ini dilaporkan ditemukan oleh pemuzik berkenaan di dalam tab mandi pada 1.40 tengah hari, 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah selepas polis menemukan sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi seberat 5.12 gram dalam bilik hotel itu.

Beliau kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt.

Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berusia 33 tahun itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok