• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching Lancar Sistem Bayaran Mudah Warga Emas Bagi Parkir – Pertama di Malaysia dan ASEAN
04 November 2025 | 05:44 PM

Kuching Lancar Sistem Bayaran Mudah Warga Emas Bagi Parkir – Pertama di Malaysia dan ASEAN

KUCHING, 4 Nov – Warga emas di Kuching kini boleh menarik nafas lega apabila tidak lagi perlu risau tentang cara membayar parkir. Bermula hari ini, sistem Sistem Bayaran Mudah Warga Emas (Easy Elderly Payment) dilancarkan di bawah platform Pay&Go, menawarkan pengalaman parkir automatik dan tanpa tunai khusus untuk mereka berusia 60 tahun ke atas.

Melalui sistem baharu ini, warga emas hanya perlu mendaftar sekali sahaja sama ada secara dalam talian atau di kaunter Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan CityOne Customer Service Office. Selepas pendaftaran, caj parkir akan ditolak secara automatik apabila kenderaan diletakkan di bawah kawasan kedua-dua pihak berkuasa tempatan itu.

Pengarah Urusan Pay&Go, Eddie Wee, berkata sistem tersebut menggunakan pengecaman nombor plat kenderaan bagi mengenal pasti pemandu berdaftar.

“Apabila penguat kuasa mengimbas nombor plat, sistem akan terus mengenal pasti pemiliknya sebagai warga emas berdaftar dan menolak caj parkir secara automatik.

Mereka tidak perlu buat apa-apa – hanya parkir dan terus pergi,” katanya ketika melawat tapak Sistem Parkir Pintar Baharu di Jalan Song Thian Cheok, hari ini.

Tambahnya, Kuching menjadi bandar pertama di Malaysia dan ASEAN yang menyatukan sistem parkir komersial dan parkir majlis di bawah satu platform. Sistem itu turut meliputi parkir di pusat membeli-belah seperti The Spring dan Plaza Merdeka.

“Kalau warga emas masuk parkir di pusat beli-belah, mereka tak perlu buat bayaran kerana sistem akan mengesan dan menolak bayaran secara automatik. Inilah kelebihan Pay&Go – integrasi penuh antara parkir komersial dan parkir majlis,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata pelaksanaan sistem ini menandakan berakhirnya lebih dua dekad penggunaan kupon parkir manual di bawah Kuching City Parking System (KCPS).

“Selepas lebih 20 tahun menggunakan kupon tebuk lubang, kini kita beralih kepada era digital sejajar dengan agenda pendigitalan Sarawak di bawah PCDS 2030,” katanya.

Beliau memaklumkan, Kabinet Sarawak telah meluluskan pelaksanaan sistem baharu itu dengan tempoh peralihan dua bulan bermula 1 November, sebelum pelaksanaan penuh pada 1 Januari tahun depan.

“Kita sedar akan ada fasa penyesuaian, tetapi ini langkah penting untuk menjadikan Kuching bandar pintar yang memudahkan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, turut memaklumkan bahawa kaunter pendaftaran sistem berkenaan telah dibuka di MBKS sejak awal minggu ini.

“Kaunter dibuka Isnin hingga Jumaat, dan dalam dua hari pertama sahaja, lebih 500 warga emas telah mendaftar. Kami juga bantu ajar mereka cara log masuk dan daftar, seperti ketika memperkenalkan Kenyalang Gold Card dulu,” katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kupon KCPS akan ditamatkan sepenuhnya selepas tempoh peralihan dengan bayaran balik disediakan kepada pengguna.

Sumber: Utusan Sarawak 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok