• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kanak-kanak 6 Tahun Cedera Dikelar di Leher, Dua Pisau Ditemui di Tempat Tidur
28 October 2025 | 06:51 PM

Kanak-kanak 6 Tahun Cedera Dikelar di Leher, Dua Pisau Ditemui di Tempat Tidur

BATU PAHAT, 28 Okt - Seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendapati anak bongsunya berlumuran darah dengan kesan kelar di leher dalam kejadian di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, awal pagi tadi.

Ketika kejadian sekitar jam 5.30 pagi, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan terjaga daripada tidur sebelum menjenguk anak lelakinya yang berusia enam tahun di bilik. Dia terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu cedera dan darah membasahi tilam.

Pemeriksaan lanjut menemukan dua bilah pisau berhampiran bantal tempat tidur mangsa, manakala pintu hadapan rumah didapati terbuka sedikit.

Kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik bagaimanapun bernasib baik kerana tiada urat penting yang terputus. Mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya. Siasatan masih di peringkat awal bagi menentukan motif kejadian,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok