KUCHING, 28 Okt: Kalendar akademik bagi tahun 2026 untuk sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di Sarawak ditetapkan bermula pada 12 Januari 2026, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sarawak termasuk dalam Kumpulan B, bersama Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, bagi negeri-negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan akan bermula sehari lebih awal, pada 11 Januari 2026.
Fadhlina berkata, pengembalian sesi persekolahan ke bulan Januari dilaksanakan secara berperingkat dan teratur tanpa menjejaskan pengoperasian institusi pendidikan.
“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.
Usaha ini menyerlahkan tekad Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kalendar akademik tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM di pautan berikut:
https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun
Sumber: Suara Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back