LONDON, 24 Okt (Bernama–PA Media/dpa) -- Lionel Messi menandatangani kontrak baharu bersama Inter Miami hingga 2028, umum kelab berkenaan pada Khamis.
Bintang berusia 38 tahun itu pernah mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia 2022, lapor PA Media/dpa.
Messi menyertai Inter Miami pada 2023 selepas karier gemilang di Barcelona, di mana beliau meraih empat trofi Liga Juara-Juara dan 10 kejuaraan LaLiga sepanjang hampir dua dekad itu.
Pemenang lapan kali Anugerah Ballon d’Or itu dijangka mengetuai Argentina sekali lagi pada Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Perjanjian terbaharu ini juga bakal menyaksikan Messi kekal bersama kelab itu ketika mereka berpindah ke stadium baharu, Freedom Park pada 2026.
Sumber: BERNAMA–PA Media/dpa
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back