• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hamas Kecam Israel Tutup Laluan Rafah, Dakwa Langgar Perjanjian Gencatan Senjata
22 October 2025 | 11:02 AM

Hamas Kecam Israel Tutup Laluan Rafah, Dakwa Langgar Perjanjian Gencatan Senjata

GAZA, 22 Okt — Hamas mengecam tindakan Israel yang terus menutup laluan sempadan Rafah, menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan pengantaraan antarabangsa.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas berkata keputusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk mengekalkan penutupan Rafah “sehingga diberitahu kelak” bertentangan dengan komitmen yang dibuat kepada Mesir, Qatar dan Turkiye selaku negara pengantara.

Penutupan berterusan itu, menurut Hamas, telah menghalang pemindahan mangsa cedera dan sakit, selain menyekat kemasukan pasukan penyelamat serta peralatan khas yang diperlukan untuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Pergerakan penduduk Gaza juga terjejas, sementara proses pengenalpastian dan penyerahan mayat tebusan dilaporkan terganggu akibat kelewatan membuka semula laluan tersebut.

Laluan Rafah merupakan satu-satunya pintu keluar utama Gaza ke Mesir dan dunia luar, menjadikannya saluran penting bagi bantuan kemanusiaan serta operasi pemulihan di wilayah itu.

Walaupun laporan awal menyebut sempadan berkenaan akan dibuka semula di bawah syarat gencatan senjata, tiada pergerakan dibenarkan setakat ini dan pintu sempadan kekal ditutup.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kumpulan bantuan antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan terhadap impak penutupan itu terhadap penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik berterusan.

Pihak Israel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh pembukaan semula Rafah, sementara tekanan antarabangsa semakin meningkat bagi memastikan pelaksanaan penuh gencatan senjata serta pemulangan baki tebusan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok