GENEVA, 15 Okt — Usaha membangunkan semula Semenanjung Gaza dianggarkan memerlukan pembiayaan sekitar AS$70 bilion (RM332 bilion), menurut laporan agensi berita Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.
Cilliers berkata, tempoh masa pembinaan semula belum dapat ditentukan, kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah dana yang berjaya dikumpul. Namun, beliau memberi amaran bahawa proses berkenaan boleh mengambil masa “berdekad-dekad” untuk disiapkan sepenuhnya.
Menurut anggaran UNDP, lebih 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di seluruh Gaza, dengan kemungkinan mayat mangsa Palestin masih tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.
Sumber: BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini