• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kontinjen Sarawak Sedia Tampilkan Aksi Cemerlang di Sukan Borneo 2025
18 September 2025 | 12:11 PM

Kontinjen Sarawak Sedia Tampilkan Aksi Cemerlang di Sukan Borneo 2025

KUCHING, 18 Sept – Kontinjen Sarawak diharapkan mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam acara masing-masing pada Temasya Sukan Borneo 2025 yang akan berlangsung bermula 24 September ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata para atlet telah melalui program latihan tersusun sejak beberapa bulan lalu, selain kebajikan mereka turut diberi perhatian serius.

“Kita mempunyai pakar pemakanan, ahli fisioterapi dan kaunselor bagi memastikan para atlet sentiasa berada pada tahap terbaik. Usaha ini bukan sahaja menitikberatkan aspek fizikal, malah turut memberi penekanan terhadap kesejahteraan mental,” katanya ketika ditemui pada sesi motivasi bersama kontinjen Sarawak di Perkampungan Sukan Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Beliau yakin kemudahan berprestasi tinggi serta sokongan sains sukan di Perkampungan Sukan Sarawak akan membantu memperkukuh persediaan atlet secara menyeluruh.

Gerald menambah, pendekatan yang dirangka juga mengambil kira faktor semasa termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Hampir kesemua atlet kini ditempatkan di Perkampungan Sukan sebagai persediaan terakhir menjelang temasya. Latihan akan terus dijalankan sehingga ke saat akhir,” jelasnya.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok