• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Dibaham Buaya di Sungai Kampung Empila
18 September 2025 | 11:29 AM

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Dibaham Buaya di Sungai Kampung Empila

KOTA SAMARAHAN, 18 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dibaham buaya ketika menjala ikan bersama saudara terdekat di Sungai Kampung Empila, awal pagi tadi.

Mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohamad Tinggal, ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang, dengan kesan gigitan di bahagian dada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Christian Olas, berkata mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 9.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk kampung.

“Ketika kejadian, mangsa sedang menebar jala dari atas perahu pada jarak lebih kurang 10 meter dari bot seorang pemancing yang juga saksi. Saksi mendengar jeritan mangsa dan sebaik melihat ke arah suara itu, dia mendapati mangsa sudah hilang,” katanya kepada RTM.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi sebelum menghantar lapan anggota ke lokasi kejadian.

Sumber: RTM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok