• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla Belayar ke Gaza
12 September 2025 | 11:57 AM

Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla Belayar ke Gaza

PETALING JAYA, 12 Sept. – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) memulakan pelayaran bersejarah menuju Gaza dengan jangkaan tiba di perairan wilayah bergolak itu dalam tempoh lapan hingga 10 hari.

Sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim, memaklumkan menerusi hantaran di Facebook bahawa kapal layar Lady Bark berlepas dari Pelabuhan Augusta, Itali, kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Menurutnya, Lady Bark merupakan salah sebuah daripada 17 kapal awal yang belayar, membawa mesej solidariti antarabangsa terhadap rakyat Palestin.

“Di atas Lady Bark, tiga sukarelawan Sumud Nusantara bergabung tenaga bersama lima pelayar Itali termasuk kapten serta kru, selain seorang doktor dari Sweden.

“Kami akan menyertai lebih 40 kapal layar lain dari Sepanyol dan Tunisia di Laut Mediterranean. Perjalanan dijangka mengambil masa lapan hingga 10 hari sebelum sampai ke perairan Gaza.

“Segala usaha ini tanda kepasrahan, sepenuhnya diserahkan kepada Allah. Mohon doa agar kami selamat sampai ke Gaza,” katanya.

Misi GSF menghimpunkan aktivis, pelayar dan sukarelawan antarabangsa dengan tujuan menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin serta menzahirkan solidariti terhadap penderitaan mereka.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok