• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Faisal Halim, Isteri Dilihat Berdamai Selepas Konflik Rumah Tangga
12 September 2025 | 11:46 AM

Faisal Halim, Isteri Dilihat Berdamai Selepas Konflik Rumah Tangga

PETALING JAYA – Rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, kembali menjadi perhatian selepas wanita itu memuat naik hantaran penuh makna di InstaStory malam tadi.

“Alhamdulillah! forgive and forget (memaafkan dan melupakan),” tulisnya, sekali gus memberi bayangan hubungan pasangan itu kembali pulih selepas seminggu berdepan isu perceraian.

Nur Syazwani turut berkongsi semula gambar mesra bersama Faisal dan anak mereka, yang sebelum ini dimuat naik oleh bintang Selangor FC tersebut. Dalam hantaran lain, beliau meluahkan rasa syukur dan menggambarkan seolah-olah hubungan mereka seperti baharu dibina.

“May Allah protect our marriage till Jannah (semoga Allah pelihara perkahwinan kita hingga Jannah). Love you Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan Nur Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Peguamnya, Roshdan Sujak Rafie, memaklumkan mahkamah telah menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok