• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Nottingham Forest Pecat Nuno Espírito Santo Selepas Tiga Perlawanan EPL
10 September 2025 | 10:23 AM

Nottingham Forest Pecat Nuno Espírito Santo Selepas Tiga Perlawanan EPL

NOTTINGHAM – Nottingham Forest mengesahkan pemecatan Nuno Espírito Santo, menjadikannya pengurus pertama disingkirkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Jurulatih berusia 51 tahun itu hanya sempat mengendalikan tiga perlawanan musim baharu sebelum pengumuman rasmi dibuat. Dalam kenyataan kelab, Forest merakamkan penghargaan terhadap sumbangan hampir dua tahun Nuno di The City Ground.

“Nuno memainkan peranan penting dalam musim 2024/25 yang akan sentiasa dikenang dalam sejarah kelab. Dia akan sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam perjalanan kami,” kata kenyataan itu.

Nuno dilantik pada Disember 2023 bagi menggantikan Steve Cooper dan berjaya mengelakkan Forest daripada tersingkir. Musim lalu, beliau membawa pasukan ke tangga ketujuh EPL, pencapaian terbaik sejak musim 1994/95, sekali gus melayakkan Forest beraksi di pentas Liga Europa buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Bagaimanapun, hubungannya dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis dilaporkan renggang. Nuno sendiri pernah mengakui mereka “tidak lagi rapat”, mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya tahu bagaimana bola sepak berfungsi. Kalau ada asap, mesti ada api, tetapi tugas saya tetap bekerja untuk pasukan,” katanya sebelum ini.

Ketika ini, Forest berada di tangga ke-10 liga selepas tewas 0-3 kepada West Ham sebelum rehat antarabangsa. Mereka dijadualkan menentang Arsenal pada 13 September ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok