• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Doktor Sahkan Tiada Kesan ‘Barcode Injury’ Pada Zara Qairina
09 September 2025 | 03:04 PM

Doktor Sahkan Tiada Kesan ‘Barcode Injury’ Pada Zara Qairina

KOTA KINABALU – Doktor yang mula-mula merawat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahkan tiada kesan kecederaan yang menyerupai ‘barcode injury’ pada remaja itu.

Pegawai perubatan HQE, Dr. Janefer Voo berkata pemeriksaan awal hanya mendapati terdapat kecederaan tulang tertutup (close fracture) pada tangan kanan mangsa.

“Semasa pesakit tiba, kami periksa tangan dan lengan. Terdapat deformity pada tangan kanan dan kami memasang splint. Tiada sebarang kecederaan berkaitan barcode injury ditemui,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ketiga inkues di Mahkamah Koroner di sini.

Istilah ‘barcode injury’ merujuk kepada luka akibat perbuatan mencederakan diri secara berulang menggunakan objek tajam, dan sering dikaitkan dengan kecenderungan melakukan self-harm.

Dr. Voo turut menegaskan beliau tidak menemui sebarang kesan lebam atau garis merah pada bahagian belakang badan Zara Qairina, seperti yang didakwa terlihat oleh ibu mangsa ketika jenazah dimandikan.

Sebelum ini, pakar patologi Dr. Jessie Hiu yang memberi keterangan pada hari kedua inkues (4 September) tidak membuat sebarang kesimpulan sama ada Zara Qairina membunuh diri atau sebaliknya, dan menyerahkan keputusan penuh kepada mahkamah.

Peguam Ram Singh, yang mewakili seorang daripada remaja yang didakwa membuli mangsa, sebelum ini membangkitkan kemungkinan Zara Qairina terjun sendiri dari tingkat tiga asrama sekolahnya, berdasarkan laporan patologi tersebut.

Prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung pada jam 2 petang ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok