• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Rai Ganjaran RM125,000 Selepas Bergelar Juara Dunia
09 September 2025 | 02:46 PM

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Rai Ganjaran RM125,000 Selepas Bergelar Juara Dunia

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terus menerima limpahan rezeki apabila diumumkan bakal menerima ganjaran bernilai RM125,000 sebagai penghargaan atas kejayaan muncul juara dunia baru-baru ini.

Ganjaran tersebut disumbangkan oleh peruncit elektrik dan elektronik, Senheng, yang mahu mengiktiraf pencapaian pasangan ranking ketiga dunia itu dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng, sumbangan ini bukan sahaja tanda meraikan kejayaan atlet, malah sebahagian daripada visi lebih besar untuk membantu negara memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

“Kita bukan sekadar meraikan kemenangan, tetapi menjayakan sebuah visi. Ketika saya mula berbincang dengan Datuk Jack (Koh) pada 2007, kami sepakat bahawa usaha meraih emas Olimpik perlu bermula dari akar umbi,” katanya.

Hasil perbincangan itu, lahirlah biasiswa SS Junior Badminton Talent, sebuah inisiatif kerjasama antara Senheng dan Samsung yang melabur RM12 juta dalam tempoh enam tahun untuk melahirkan bakat baharu sukan badminton negara.

Lebih bermakna, Tang Jie sendiri merupakan bekas penerima biasiswa program tersebut, menjadikan kejayaan hari ini suatu detik peribadi buat Kim Heng.

Menerusi sumbangan kali ini, Tang Jie akan menerima RM100,000 tunai, manakala Ee Wei bakal memperoleh produk elektronik bernilai RM25,000. Penyerahan rasmi akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Khamis ini.

“Banyak syarikat bercakap tentang CSR (tanggungjawab sosial korporat). Bagi saya, ini bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu keistimewaan kerana dapat menyumbang dalam membentuk juara,” jelas Kim Heng.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok