• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ibu Pulangkan Jam Tangan RM3 Juta Dicuri dari Rumah Ahli Parlimen NasDem
04 September 2025 | 11:14 AM

Ibu Pulangkan Jam Tangan RM3 Juta Dicuri dari Rumah Ahli Parlimen NasDem

PETALING JAYA – Seutas jam tangan mewah milik Ahli Parlimen Parti NasDem, Ahmad Sahroni, akhirnya dipulangkan selepas dicuri dalam kejadian rompakan di rumahnya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, hujung minggu lalu.

Jam tangan jenama Richard Mille bernilai kira-kira 11.7 bilion rupiah (RM3 juta) itu ditemui di rumah seorang remaja, sebelum ibunya tampil memulangkannya kepada pihak berkuasa setempat.

Menurut Andriyani Juwita, ibu kepada remaja terbabit, dia terkejut selepas dimaklumkan jiran bahawa anaknya membawa pulang jam berkenaan.

“Saya lihat di media sosial, ternyata sudah tular. Jam itu nilainya bukan sedikit. Saya terus lapor kepada ketua RT dan RW supaya ia boleh dikembalikan,” katanya dalam satu temu bual televisyen di Indonesia.

Andriyani mengakui dia tidak dapat tidur selepas mengetahui jam mewah itu adalah hak orang lain dan segera mengambil langkah untuk menyerahkannya semula.

Rakaman video yang memaparkan pasangan suami isteri itu menyerahkan jam kepada ketua masyarakat turut tular di media sosial.

Selain jam tangan, beberapa barangan lain yang diambil daripada rumah Ahmad Sahroni turut dipulangkan, lapor portal berita Kumparan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok