• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Majoriti Rakyat Amerika Sokong Pengiktirafan Palestin Sebagai Negara
21 August 2025 | 11:13 AM

Majoriti Rakyat Amerika Sokong Pengiktirafan Palestin Sebagai Negara

WASHINGTON – Lebih separuh rakyat Amerika percaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, menurut tinjauan terbaru Reuters/Ipsos.

Hasil kajian selama enam hari itu menunjukkan 58% responden menyokong langkah tersebut, manakala 33% menentang dan selebihnya tidak memberikan jawapan.

Tinjauan ini dijalankan ketika perang Israel-Hamas memasuki hampir dua tahun, dengan usaha diplomatik ke arah gencatan senjata masih berlangsung.

Beberapa minggu lalu, tiga sekutu rapat Amerika Syarikat – Kanada, Britain dan Perancis – mengumumkan hasrat mengiktiraf Palestin, sekali gus menambah tekanan antarabangsa terhadap Israel. Dalam masa sama, situasi kemanusiaan di Gaza semakin memburuk, dengan agensi bantuan memberi amaran rakyat di wilayah itu kini di ambang kebuluran.

Sumber Israel memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti maklum balas Hamas terhadap cadangan gencatan senjata selama 60 hari, termasuk pembebasan kira-kira separuh daripada tebusan Israel yang masih ditahan.

Dalam tinjauan itu juga, 65% responden mahu Washington mengambil tindakan membantu rakyat Gaza, berbanding 28% yang menolak, kebanyakannya penyokong bekas Presiden Donald Trump.

Sementara itu, 59% rakyat Amerika menganggap tindakan ketenteraan Israel di Gaza sebagai keterlaluan, meningkat daripada 53% dalam tinjauan Februari lalu.

Kajian ini melibatkan 4,446 orang dewasa di seluruh Amerika Syarikat, dengan margin ralat sekitar dua mata peratus.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok