• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

‘Hakim Paling Baik di Dunia’ Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
21 August 2025 | 10:38 AM

‘Hakim Paling Baik di Dunia’ Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

WASHINGTON – Frank Caprio, hakim Amerika Syarikat yang terkenal dengan gelaran “hakim paling baik di dunia” kerana pendekatan penuh belas kasihannya di mahkamah, meninggal dunia akibat kanser pankreas.

Berita pemergiannya disahkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi beliau, yang memaklumkan Caprio menghembuskan nafas terakhir selepas “perjuangan panjang menentang kanser pankreas.” Namun, tarikh tepat kematian tidak dinyatakan.

“Dikenang kerana sifat belas kasihan, rendah hati dan keyakinannya terhadap kebaikan manusia, Hakim Caprio telah menyentuh kehidupan jutaan orang menerusi kerjayanya di mahkamah dan di luar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan sama turut menggambarkan Caprio sebagai seorang suami, bapa, datuk, moyang dan sahabat penyayang, dengan legasi kebaikan yang akan terus hidup melalui inspirasi beliau.

Sehari sebelum kematiannya, Caprio sempat berkongsi video dari katil hospital, mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya sambil mengakui keadaan kesihatannya semakin merosot.

Caprio mula dikenali menerusi rancangan televisyen Caught in Providence, yang menampilkan beliau mengendalikan kesalahan ringan dengan penuh empati, seakan seorang bapa menasihati anak. Program tersebut disiarkan dari 2018 hingga 2020 dan pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok