• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kes Naim Daniel: Mahkamah Tetapkan 19 September Untuk Sebutan Kes
18 August 2025 | 04:06 PM

Kes Naim Daniel: Mahkamah Tetapkan 19 September Untuk Sebutan Kes

PUTRAJAYA – Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan kes melibatkan penyanyi terkenal, Naim Daniel, yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada Mei lalu.

Peguam bela Naim, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique memaklumkan bahawa pihak pembelaan telah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes kepada mahkamah. Prosiding tersebut dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

“Pembelaan sudah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan. Tarikh 19 September nanti ditetapkan untuk sebutan bagi pengurusan kes, termasuk sekiranya terdapat dokumen tambahan daripada pihak pendakwaan,” kata Mohd. Irwan ketika ditemui.

Pada 17 Jun lalu, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Purnama itu didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Mei lalu, sekitar jam 8.56 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili oleh peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, Naim ditahan polis pada 3 Jun selepas disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, namun dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kemudian mengesahkan pihak pendakwaan mengarahkan suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta sama kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok