KOTA KINABALU – Inkues bagi menyiasat punca kematian remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, akan berlangsung selama 19 hari pada bulan September ini.
Koroner Azreena Aziz menetapkan tarikh perbicaraan pada 3-4, 8-12, 17-19 serta 22-30 September ketika sebutan kes di Mahkamah pada Isnin.
Dalam prosiding itu, pegawai pengendali memaklumkan bahawa kira-kira 195 saksi telah dikenal pasti setakat ini, namun jumlah tersebut dijangka akan disemak dan dikurangkan.
Sementara itu, pasukan guaman yang mewakili keluarga Zara memohon untuk diberikan kebenaran menyoal balas saksi secara langsung sepanjang inkues. Mereka turut meminta semua dokumen berkaitan diserahkan segera bagi membolehkan persediaan rapi dibuat, sekali gus membantu koroner mencapai keputusan terbaik.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini