• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Instagram & Facebook post.png Instagram Story.png
15 August 2025 | 12:39 PM

Instagram & Facebook post.png Instagram Story.png

Lima penampilan di pentas final dan tiga gelaran pada musim ini meletakkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebagai pilihan utama untuk menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris.

Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, optimis pasangan ranking No. 2 dunia itu mempunyai peluang sekitar 80 peratus untuk merangkul gelaran dunia buat kali kedua, selepas mencipta sejarah pada 2022.

Menurut Razif, undian kejohanan kali ini juga memihak kepada Aaron-Wooi Yik yang mendapat ‘bye’ ke pusingan kedua, sama seperti dua lagi beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

“Ini laluan yang baik. Dengan empat wakil negara dalam beregu lelaki, saya harap salah satu pasangan dapat membawa pulang gelaran juara dunia. Peluang terbaik tetap pada Aaron-Wooi Yik kerana prestasi mereka tahun ini sangat cemerlang,” katanya.

Dalam undian yang diumumkan semalam, Aaron-Wooi Yik akan menanti pemenang pertembungan antara pasangan Sepanyol, Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo, dan gandingan Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley.

Razif turut mengingatkan kepentingan persiapan rapi dan kekuatan mental menjelang kejohanan, selain percaya kehadiran jurulatih berpengalaman seperti Herry dan Rexy Mainaky akan meningkatkan keyakinan pasangan utama negara itu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok